Sejarah T-Team FC

T-Team diasaskan pada 14 Julai 2006 sebagai PBDKT T-Team FC. Pasukan ini didaftarkan melalui Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu. Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut setelah mengumpul 33 mata mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hanya mengumpul 25 mata. Selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009). Untuk musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah muncul naib juara liga. Pada musim 2014 pasukan T-Team diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.[1] Mulai musim 2015 T-Team kembali diletakkan di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu.[2]

Rujukan

WikiPedia: T-Team FC http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports... http://www.froyoplus.com/senarai-pemain-t-team-201... http://www.soccerway.com/teams/malaysia/pbd-kt/squ... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga... http://www.sinarharian.com.my/t-team-diletak-bawah... http://www.t-team.com.my/titans/ http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121114/su_... http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140807/su_... http://hr.wikipedia.org/wiki/Tomislav_Steinbr%C3%B... https://www.facebook.com/TTeamTitans